Beli Bateri Kering Motosikal di Lazada / Shopee | Ulasan

Pernah tak motosikal anda tiba-tiba susah nak start? Ianya mungkin berpunca dari bateri yang lemah dan tidak dijaga dengan baik.

Sebelum ini, motosikal admin menggunakan bateri jenis basah. Walaupun telah dijaga, ditambah air bateri secukupnya apabila kurang, namun ianya tetap cepat kong dan semakin lemah.

Oleh kerana itu, admin terpanggil untuk mencuba pula bateri jenis kering atau juga dikenali sebagai free maintenance battery.

Terdapat beberapa keistimewaan bateri jenis kering seperti:
  • tidak memerlukan penjagaan rapi
  • tidak perlu tambah air seperti bateri basah
  • bentuknya sama seperti bateri jenis basah
  • harga juga lebih kurang sama dengan bateri basah
Di mana nak beli bateri kering dengan harga yang lebih murah berbanding di pasaran?

Tak perlu pergi jauh. Buka saja laman Lazada atau Shopee dan cari bateri kering yang sesuai mengikut jenis motosikal anda.

Untuk motosikal Yamaha Lagenda ZR (versi lama) milik admin ini, ianya menggunakan bateri yang bernombor YB5L. (Cek dulu nombor siri bateri sebelum beli baru)

Nampak sangat air bateri dah low. Dulu isi penuh pun masih lemah. Sebab tu terbiar ja.

Jadi setelah membuat survey di Lazada, terdapat beberapa bateri kering yang menggunakan nombor kod YB5L.

Dan semestinya admin memilih produk dengan harga yang paling murah dan boleh dipercayai iaitu YB5L-BS Koyoko Free Maintenance Battery ini:





Sebagai pengenalan, ianya adalah produk keluaran syarikat Thai Huawei Battery dan dihasilkan di sebuah kilang mereka di Pulau Pinang.

Ianya juga mempunyai kelayakan Sirim jadi semestinya anda boleh mempercayai produk ini.

Oh, anda juga akan mendapat pelekat atau sticker Koyoko. Boleh la lekat kat helmet atau motosikal anda.

Percuma sticker. Skru pun ada bagi.


Dengan pelekat keselamatan dengan tarikh pengeluaran.

Pembungkusan juga agak rapi dengan dibalut lapisan span yang tebal di luar kotak. Dan penghantarannya menggunakan khidmat poslaju.

Harga keseluruhannya hanyalah RM 68 termasuk GST dan kos penghantaran (RM 1.50).



Pemasangannya juga agak mudah. Hanya tanggalkan skru pada bateri lama dan pasang bateri baru tersebut sepertimana bateri lama tersebut. (Pastikan positif negatif yang betul.)

Siap..



Namun jika anda tiada kemahiran, boleh saja upah pomen atau rakan anda yang pandai dalam hal motosikal ni.

Dan sehingga ke saat ni, motosikal admin dah mudah nak start guna starter. Tak perlu lagi exercise tiap-tiap hari kena guna suis tendang tu. Terbaiklah!

Berminat nak membeli di Lazada atau Shopee, boleh order melalui banner berikut:

 

Comments